Sejarah Kami
Selama lebih daripada 45 tahun, Pusat Latihan Alkitab RHEMA telah melatih dan melengkapi orang percaya, pelayan-pelayan injil dan pemimpin-pemimpin untuk pelayanan yang berkesan dalam membangun Kerajaan Allah. Kami terus menunaikan mandat untuk ''Pergi mengajar umat-Ku Iman'' dan memberi kesaksian tentang Kedatangan Yesus Kristus yang Kedua.
1950
Kenneth E. Hagin menerima mandat daripada Tuhan untuk ''Pergi mengajar umat-Ku Iman''
Sejak saat itu, Kenneth semakin bertekad untuk mengajar tentang iman dalam Firman Tuhan. Beliau mulai mengadakan seminar-seminar iman dan mengajar tentang Firman Tuhan.
1973
Saudara Hagin mengumumkan pembukaan sebuah Sekolah Alkitab
Rencana Allah untuk menunaikan mandat itu menjadi lebih nyata ketika Pertemuan Khemah yang pertama pada tahun 1973, anjuran Pelayanan Kenneth Hagin. Berucap di bawah pimpinan Roh Kudus, Kenneth E. Hagin berkata, ''Kita akan memulakan sebuah Sekolah Alkitab.” Kemudian beliau menyerahkan kepada anaknya, Kenneth W. Hagin, tugas untuk memulakan institusi yang sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Alkitab RHEMA.
1974
Pusat Latihan Alkitab RHEMA Amerika Syarikat dibuka
Kenneth W. Hagin dan isterinya Lynette sedar bahawa mereka dipanggil untuk merintis sekolah tersebut, dan Pusat Latihan Alkitab RHEMA Amerika Syarikat dibuka pada bulan September tahun 1974. 58 orang pelajar lulus pada musim bunga yang berikutnya.
1976
RBTC bergerak ke Broken Arrow
Semasa RBTC bermula, kelas-kelas diadakan di sebuah gereja di Tulsa, Oklahoma. Pada bulan Julai tahun 1976 pelayanan itu telah membeli bangunan dan tanah di Broken Arrow yang berdekatan.
Kampus ini menjadi Ibu Pejabat Pelayanan Kenneth Hagin, Pusat Latihan Alkitab RHEMA, dan kemudian Gereja Alkitab RHEMA.
1979
Nubuatan Atas Graduan RHEMA
Tujuan Pusat Latihan Alkitab RHEMA adalah jelas sejak dari permulaan. Tetapi telah ditekankan secara dramatis dalam nubuatan yang diberi melalui Saudara Hagin semasa majlis graduasi tahun 1979.
Klik di sini untuk membaca keseluruhan nubuatan tersebut.
1980
Kampus-kampus RHEMA Antarabangsa Mula Dibuka
Pada tahun 1978, Saudara Kenneth E. Hagin telah mengatakan bahawa suatu hari akan datang apabila akan ada Pusat Latihan Alkitab RHEMA di berbagai-bagai negara di seluruh dunia. Kemudian pada tahun 1980, anaknya, Pastor Kenneth W. Hagin menyampaikan berita tentang pembukaan kampus-kampus Pusat Latihan Alkitab RHEMA peringkat antarabangsa.
Sejak masa itu, kampus-kampus RHEMA bermula dan terus dibuka di seluruh dunia. Kini terdapat lebih daripada 250 kampus dalam lebih 50 buah negara.
1985
Gereja Alkitab RHEMA dibuka
Apabila Pusat Latihan Alkitab RHEMA bertumbuh, semakin ramai pelajar mencari sebuah gereja milik sendiri. Guru-guru dan penginjil-penginjil bebas mencari satu tempat asas untuk beroperasi. Tuhan berbicara kepada Kenneth W tentang memulakan dan menggembalakan satu gereja. Gereja Alkitab RHEMA sekarang menjadi tuan rumah kepada semua konferensi tahunan RHEMA – Seminar Alkitab Musim Sejuk, Pertemuan Khemah, ‘Kindle the Flame’, dan ‘Call to Arms’.
2003
Rev Kenneth E Hagin pulang kepada Tuhan
Kenneth E. Hagin melayani selama hampir 70 tahun setelah Allah menyembuhkan beliau secara ajaib pada usia 17 tahun. Walaupun dia telah kembali kepada Tuhan pada tahun 2003, pelayanan yang diasaskannya, dan warisan imannya, terus memberkati banyak orang di seluruh dunia melalui kerja berterusan anaknya, menantu, dan cucu-cucunya, Pastor Kenneth W. & Lynette Hagin, Craig W. Hagin dan Denise Hagin Burns.
2012
Rhema Malaysia membuka 2 kampus
Melalui visi yang diterima dari Allah dan serangkaian temu janji ilahi, Rhema Singapura memberi inspirasi kepada kelahiran 2 kampus Rhema Malaysia. Rhema Kota Kinabalu bermula dengan kerjasama SIB Skyline, tempat ia terus bertapak hingga ke hari ini. Di negeri Sarawak, Rhema juga telah bekerjasama dengan BEM Sarawak untuk membuka sebuah sekolah di Sibu.
2013
Rhema Kuching bermula
Semasa satu mesyuarat dengan pastor-pastor tempatan untuk memperkenalkan Rhema, minat untuk memulakan satu sekolah di Kuching dengan kerjasama dengan BEM Sarawak telah dinyatakan. Dengan demikian, Rhema Kuching telah ditubuhkan dalam BEM Grace dan kekal sehingga ke hari ini.
2019
Rhema Sarikei membuka pintu
Graduan-graduan dari Rhema Sibu menginspirasikan satu kampus baharu di BEM Bandar Sarikei sebagai respon kepada beban untuk melihat orang-orang percaya yang menggunakan “Bahasa Malaysia” dibangunkan dan kukuh berdiri atas Firman Allah serta menjalani kehidupan yang berkemenangan dengan dpimpin oleh Roh Allah.