top of page
Image by Tim Mossholder
RM logo-200x200.png
Kenali Pasukan Kami
Untitled design (1).jpg
Francis & Rev Genevieve Wong

Rev Genevieve dan suaminya Francis, merupakan ahli perniagaan yang berasakan suatu panggilan Allah kepada pelayanan sejak tahun 2006. Mereka ghairah untuk melihat orang bertapak kukuh dalam Firman, hidup berkemenangan dan berkobar-kobar untuk Allah bagi menyebarkan injil kepada bangsa-bangsa.

Pada tahun 2006, Rev Genevieve mengalami suatu pertemuan dengan Allah apabila beliau diminta untuk menjual segalanya di Malaysia dan berpindah ke Singapura untuk melanjutkan pelajaran di sekolah Alkitab. Beliau menghadiri Rhema Bible School, Singapura pada tahun 2009. Di sana, Allah menunjukkan visi kepda beliau untuk memulakan sekolah Rhema di Malaysia. Rhema Malaysia bermula pada tahun 2012.

Team - Rev Joseph _ Mary Purcell-min.jpe
Revs Joseph & Mary Purcell

Rev Joe dan Rev Mary Purcell merupakan mubaligh ke Asia sejak 1991, pada mulanya di Rusia dan sekarang di Singapura. Seorang bekas peguam, Joe lulus dari Rhema, mempunyai ijazah sarjana dalam Teologi, dan sedang berusaha ke arah ijazah Doktor dalam Pelayanan dari Knox Theological Seminary. Mereka telah melayani sebagai pengasas gereja, pastor, guru, dan direktor sekolah alkitab. Keistimewaan Joe ialah melatih para pengkhutbah dan guru-guru dalam eksegesis, hermeneutik, dan homiletik.

1.jpg
Rev John Britto

Rev John Britto ialah graduan Rhema Bible Training Center Singapore dan sangat komited untuk melengkapi orang-orang percaya untuk kerja mereka dalam pelayanan. Beliau dan isteri beliau, Shruthi, berniat bukan sahaja untuk mendukung misi lintas budaya, tetapi juga untuk melatih dan mengutus mubaligh korporat ke tempat kerja. Rev John juga melayani sebagai Setiausaha Kehormat dalam Lembaga Eksekutif Rhema Bible Training Center Singapura. Rev John dan Shruthi mempunyai 2 orang anak perempuan iaitu Abiah dan Abigail.

Team - Rev Alfrin Tan-min.jpg
Rev Alfrin Tan

Alfrin merupakan pengkhutbah dan pengajar Firman Allah dengan keghairahan untuk melihat umat Allah membangunkan iman yang hidup untuk mempercayai Allah pada Firman-Nya dan hidup dalam kepenuhan rancangan-Nya untuk hidup mereka. Beliau pernah melayani di sekolah-sekolah Alkitab, konferensi dan gereja-gereja di Singapura, Malaysia Timur, Myanmar, Negara Thai, Rusia dan New Zealand.

Sebelum pelayanan mengajar sepenuh masa, Alfrin juga melayani di dalam pelayanan penggembalaan di gereja setempatnya di Singapura untuk beberapa tahun sebelum dia beralih fokus kepada misi ke luar negara dan mengajar di Pusat Latihan Alkitab RHEMA. Tugasannya yang terkini membawanya ke New Zealand, tempat dia memulakan pelayanan latihan yang berfokus kepada melengkapi orang-orang percaya untuk memenuhi tujuan dan panggilan mereka dalam Kristus.

Alfrin memiliki Ijazah Sarjana Diviniti dari Trinity Theological College di Singapura, dan dia juga merupakan graduan dari RHEMA Bible Training Center Singapura.

Team - Rev Daniel Cheang-min.jpg
Rev Daniel Cheang

Ps Daniel telah menjadi pastor sepenuh masa sejak tahun 2008. Selain menggembala, beliau juga mengajar di beberapa kampus Rhema seperti Shillong, Hanoi, Kathmandu tetapi fokus utama ialah kampus-kampus di Malaysia pada tahun-tahun kebelakangan ini. Sebelum menjadi pastor, beliau bekerja dalam industri Sumber Manusia selama 20 tahun dan juga merupakan graduan dari Rhema Singapura dan Sekolah Pelayanan.

Ps Daniel telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan remaja. Seorang peminat Man Utd yang menikmati perlawanan yang menarik di sofa beliau, dan beliau juga bersenam dengan cara berjalan pantas dan cenderung kepada autobiografi dan sastera Kristian dalam pilihan pembacaannya.

Team - Rev Mervin Walton-min.jpeg
Rev Mervin Walton

Rev Mervin Walton merupakan seorang bekas profesional Teknologi Maklumat di AS selama 35 tahun sebelum beliau bersara pada tahun 2011 untuk menjadi mubaligh dan guru Alkitab di Asia. Beliau dan isterinya Helen, melayani di Rhema Thailand dan Rhema Myanmar, dan beliau juga melayani di Rhema Malaysia. Keghairahan beliau adalah untuk melatih dan mementorkan pastor dan pemimpin-pemimpin gereja di Asia.

hadassah.jpg
Rev Hadassah Foong

Rev Hadassah ialah graduan Rhema Bible Training Centre, Singapura dan telah menyempurnakan Sekolah Pelayanan. Beliau merupakan seorang guru dan pelayan Firman Tuhan, mengajar di Rhema Singapura dan sekolah-sekolah peluasannya di Malaysia Timur. Sementara fokus pelayanannya adalah untuk membantu kedua-dua pelayan injil dan orang biasa untuk menjadi segala yang merupakan panggilan Allah untuk mereka, beliau paling ghairah dalam melengkapi tubuh Kristus di negara-negara yang kurang maju.

Jean Giam.jpg
Jean Giam

Jean menikmati Firman Allah dan melihat Firman itu menjadi hidup - mengubah hidup, memulihkan keluarga, dan mengesani bangsa-bangsa. Dia memiliki latar belakang dalam pasaran kerja yang meliputi pemasaran, perundingan, latihan dan pembangunan.

David chang.jpg
David Chang

David kini merupakan tenaga pengajar sukarelawan sambilan di Rhema Singapura. Beliau juga bertugas sebagai Bendahari Rhema Singapura dan juga dalam Lembaga Pengarah Rhema Singapura. Beliau merupakan graduan program diploma Rhema Singapura pada tahun 2017 dan dari program School of Ministry pada tahun 2018.

Team - Wong Tok Hua.jpg
Wong Tok Hua

Penatua Wong Tok Hua ialah lulusan Rhema Malaysia dan telah melayani sebagai Instruktor Rhema sejak 2019. Selain itu, beliau juga menginterpretasikan kelas Rhema dan menterjemahkan bahan ke dalam Bahasa Malaysia bersama isteri beliau, Ying Ting.

Beliau telah melayani Allah dengan aktif melalui kepemimpinan dan pelayanan mimbar sejak 30 tahun yang lalu, dan kini melayani sebagai Ahli Majlis Umum BEM Sarawak. 

Team - Christina Jacques-min.jpg
Christina Jacques

Christina Jacques ialah isteri kepada Penatua Thomas Jacques, dan mereka melayani di BEM Grace. Seorang graduan Rhema Malaysia dengan Sarjana Muda Awal Kanak-kanak, beliau menyertai pasukan pengajar pada tahun 2019. Semasa Sukan Olimpik Sydney 2000, Christina terlibat dalam King's Kid's Ministry Malaysia yang menemani sepasukan kanak-kanak, termasuk dua orang anaknya. Bersama rakan sejawat antarabangsa mereka menyampaikan Injil melalui kesaksian, tarian dan drama di sekitar Sydney. Keghairahannya adalah untuk mengajar Injil agar orang lain dapat mengenal Tuhan Yesus sebagai Juruselamat mereka yang penyayang dan bertapak kukuh dalam identiti mereka di dalam Kristus.

bottom of page