top of page
IMG_0986-min.JPG
RM logo-200x200.png
Hentakan, Hentakan, Hentakan

Semasa graduasi Rhema pada bulan Mei 1979, Kenneth E. Hagin menyatakan nubuatan berikut atas para graduan:

​

Apakah bunyi itu?
Apakah bunyi yang saya dengar itu?
Bunyi banyak kaki.
Bunyi kaki yang indah.
Bunyi kaki yang maju ke depan dengan Berita Baik.

Siapakah mereka ini yang menghasilkan bunyi ini
yang hentak, hentak, hentak sambil mereka datang –
sambil mereka teruskan hentakan?
Siapakah mereka ini?

Yea, mereka adalah yang telah dipilih Tuhan, dipanggil Allah, dilengkapi oleh Roh-Nya.
Yea, merekalah yang telah dibebaskan daripada belenggu musuh
dan telah diutus untuk membebaskan manusia.
Merekalah yang mempunyai cerita penebusan,
Cerita kebebasan,
Cerita kemuliaan Allah.

​

Siapakah mereka ini yang maju ke depan dengan bilangan yang semakin besar
dan bilangan yang semakin bertambah?
Siapakah mereka ini?

Yea, merekalah yang mengenali Allah mereka.
Mereka yang mengenali Firman-Nya.
Mereka yang mengenali Nama yang amat berkuasa
Nama di atas segala nama,
Nama Yesus.

Merekalah yang tahu menggunakan Nama itu
Dan mematahkan kuasa kegelapan atas hidup,
Minda-minda,
Tubuh-tubuh,
Roh-roh manusia dan membebaskan mereka.

Yea, merekalah yang membawa mesej pembebasan,
mesej penyembuhan,
mesej kemenangan,
mesej Allah.

​

Siapakah mereka ini?
Dari manakah mereka datang?
Ke manakah akan mereka pergi?
Yea, mereka datang dari dada Bapa,
Dari tangan kanan Allah.
Kerana Tuan mereka, apabila Tuhan Sendiri naik tinggi,
memberi kurnia-kurnia kepada manusia.
Dan Dia menjadikan sesetengahnya, rasul;
dan sesetengahnya, nabi;
dan sesetengahnya, penginjil;
dan sesetengahnya, pastor, dan guru.

Mereka datang dari takhta Allah sendiri –
Dari tangan kanan yang berautoriti.

​

Ke manakah mereka sedang pergi?
Mereka sedang pergi ke serata tempat di bumi.
Mereka sedang pergi ke tempat satu tangan kosong terhulur meminta pertolongan.
Mereka sedang pergi ke tempat yang lapar menangis – lapar untuk roti kehidupan ini,
dan lapar untuk Roti Kehidupan yang sebenar –
Dia sedang meraung meminta tolong.
Mereka sedang pergi ke serata dunia untuk memberitahu cerita itu,
Untuk mengisytiharkan mesej itu,
Untuk melakukan pekerjaan yang Allah telah memanggil mereka untuk dilakukan.

bottom of page