top of page

RHEMA Malaysia

PERKARA YANG KAMI PERCAYA
PERNYATAAN IMAN

Kami percaya kepada Allah Bapa yang Maha Kuasa, Pencipta Syurga dan Bumi. Kami percaya kepada Yesus Kristus, Anak-Nya yang satu-satunya, Tuhan kami. Dia telah dizahirkan oleh kuasa Roh Kudus dan dilahirkan oleh anak dara, Maria. Dia telah menderita di bawah Pontius Pilate, disalibkan, mati, dan dikebumikan. Dia turun ke dunia orang mati. Pada hari ketiga Dia bangkit semula. Dia naik ke syurga dan duduk di sebelah kanan Allah, Bapa Maha Kuasa. Dia akan kembali untuk menghakimi yang hidup dan yang telah mati. Kami percaya kepada Roh Kudus, Gereja Kristian yang kudus, persekutuan orang-orang kudus, pengampunan dosa, kebangkitan tubuh, dan hidup yang kekal.

bible.png
AYAT-AYAT SUCI

Alkitab ialah Firman Allah yang diilhami, karya orang-orang kudus pada zaman dahulu yang berkata-kata dan menulis apabila mereka digerakkan oleh Roh Kudus. Perjanjian Baharu, seperti yang direkod di dalam Perjanjian Baharu, kami terima sebagai panduan tanpa gagal dalam perkara-perkara berkaitan dengan perilaku dan doktrin (2 Tim 3:16; 2 Petrus 1:21; 1 Tesalonika 2:13).

godhead.png
KETUHANAN

Allah kita adalah satu, tetapi dimanifestasikan dalam tiga peribadi – Bapa, Anak, dan Roh Kudus, sama setara dan sama abadi (Ulangan 6:4; Fil 2:6; Mat 28:19). Allah Bapa adalah lebih besar daripada semua (Yohanes 14:28) Pengutus Firman (Logos) dan Bapa Sumber Segala (Yohanes 16:28; Yohanes 1:14). Anak ialah Firman yang dilitupi daging, Anak Tunggal Bapa, yang telah wujud bersama Bapa dari permulaan dan diam dalam kalangan kita (Yoh 1:1; Yoh 1:18; Yoh 1:14). Roh Kudus keluar daripada kedua-dua Bapa dan Anak dan adalah kekal (Yoh 14:16; Yoh 15:26).

man.png
MANUSIA, KEJATUHANNYA & PENEBUSAN

Manusia adalah suatu makhluk ciptaan, dicipta mengikut gambaran dan rupa Allah, tetapi disebabkan pelanggaran dan kejatuhan Adam, dosa masuk ke dalam dunia. (Roma 5:14) “Semua manusia telah berdosa, dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.” “Sebagaimana tersurat, Tiada yang benar, tidak, seorang pun tidak.” (Rom 3:10; Rom 3:23). Yesus Kristus, Anak Allah, telah dimanifestasikan untuk memusnahkan kerja iblis dan menyerahkan hidup-Nya dan menumpahkan darah-Nya untuk menebus dan mengembalikan manusia kepada Allah (1 Yoh 3:8). Keselamatan ialah kurnia Allah kepada manusia, terasing daripada kerja dan hukum, dan dioperasikan dengan kasih kurnia melalui iman dalam Yesus Kristus. Manusia diciptakan untuk melakukan perbuatan baik, yang telah disediakan terlebih dahulu oleh Allah untuk kita lakukan (Efe 2:8-10). 

eternal life.png
HIDUP KEKAL & KELAHIRAN BAHARU

Langkah pertama manusia ke arah penyelamatan ialah dukacita ilahi yang menghasilkan pertaubatan. Kelahiran Baharu adalah perlu untuk semua manusia, dan apabila dialami, menghasilkan hidup yang kekal (2 Kor 7:10; 1 Yoh 5:12; Yoh 3:3-5).

water baptism.png
PEMBAPTISAN AIR

Pembaptisan air adalah melalui penyelaman, adalah suatu perintah langsung daripada Tuhan kita, dan untuk orang percaya sahaja. Ketetapan ini ialah simbol identifikasi seseorang Kristian dengan Kristus dalam kematian, pengebumian, dan kebangkitan-Nya (Mat 28:19; Rom 6:4; Kol 2:12; KPR 8:36-39)

baptism of holy spirit.png
PEMBAPTISAN ROH KUDUS

Pembaptisan di dalam Roh Kudus dan api adalah satu kurnia daripada Allah supaya kita dapat menjadi saksi-Nya kepada dunia. Ia adalah janji Tuhan Yesus Kristus kepada semua orang percaya pada zaman ini dan diterima selepas Kelahiran Baharu. Pengalaman ini disertai dengan bukti awal bertutur dalam bahasa lidah sebagaimana yang diberikan oleh Roh Kudus (Mat 3:11; Yoh 14:16-17; KPR 1:8; KPR 2:38-39; KPR 19:1-7; KPR 2:1-4).

sanctification.png
PENYUCIAN

Alkitab mengajar bahawa tanpa penyucian tiada manusia yang dapat melihat Tuhan. Kami percaya bahawa Doktrin Penyucian adalah suatu yang pasti, namun kerja kasih kurnia yang progresif, bermula pada masa kelahiran semula dan berterusan sehingga penyempurnaan penyelamatan apapada Kristus datang kembali (Ibrani 12:14; 1 Tesalonika 5:23; 2 Petrus 3:18; 2 Kor 3:18; Fil 2:12-14).

healing.png
PENYEMBUHAN ILAHI

Penyembuhan adalah untuk sakit fizikal tubuh manusia dan diperoleh dengan kuasa Allah melalui doa iman, dan dengan penumpangan tangan. Ia dibekalkan dalam penebusan Kristus, dan merupakan keistimewaan setiap ahli Gereja pada hari ini (Markus 16:18; Yakobus 5:14-15; 1 Petrus 2:24; Mat 8:17; Yesaya 53:4-5).

cross.png
KEBANGKITAN SEMULA YANG BENAR AND KEDATANGAN KEMBALI TUHAN

Malaikat-malaikat berkata kepada murid-murid Yesus, “… Yesus yang sama ini … akan datang sebagaimana anda lihat Dia pergi ke syurga.” Kedatangan-Nya akan pasti terjadi. Apabila Dia datang, “… mereka yang telah mati dalam Kristus akan dibangkitkan terlebih dahulu: Kemudian kita yang masih hidup pada ketika itu akan diangkat bersama mereka ke awan untuk bertemu dengan Tuhan di angkasa …” (KPR 1:11; 1 Tesalonika 4:16-17).

Selepas masa tempoh Kesengsaraan, Dia akan kembali ke bumi sebagai Raja segala raja, dan Tuhan segala tuhan, dan bersama-sama dengan orang-orang kudus-Nya, yang akan menjadi raja-raja dan imam-imam, Dia akan bertakhta selama satu ribu tahun (Wahyu 20:6).

fire.png
NERAKA & PEMBALASAN KEKAL

Seseorang yang mati secara fizikal dalam dosanya tanpa menerima Kristus, hilang secara kekal dan tanpa harapan dalam Tasik Api dan, maka dengan itu, tidak berpeluang lagi untuk mendengar Injil atau bertaubat. Tasik Api adalah literal. Istilah-istilah “kekal” dan “berterusan”, telah digunakan untuk menjelaskan tempoh masa hukuman dalam Tasik Api yang terkutuk itu, membawa idea dan maksud yang sama seperti kewujudan kekal yang digunakan untuk menyatakan tempoh kesukacitaan dan kegirangan orang-orang kudus dalam hadirat Allah (Ibr 9:27; Wahyu 19:11-15).

bottom of page